AM

MANGSA BANJIR DI PENAMPANG MENINGKAT, SATU PPS DIBUKA DI PUTATAN

01/07/2024 09:20 AM

KOTA KINABALU, 1 Julai (Bernama) -- Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang yang dibuka sejak semalam.

Dalam pada itu, banjir turut melanda Putatan dengan menyaksikan dua mangsa daripada dua keluarga dipindahkan di PPS yang diaktifkan di Dewan Sri Putatan pada 1 pagi tadi.

Situasi itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah dari kedua-dua daerah berkenaan sebanyak 114 orang daripada 42 keluarga dengan dua PPS dibuka, setakat pagi ini.

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan kenaikan paras air, seterusnya menyebabkan banjir di kawasan sekitar Penampang, Putatan dan daerah berhampiran Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan