AM

OP PEWA: JPJ MELAKA KELUAR 68 NOTIS KESALAHAN

04/07/2024 04:52 PM

ALOR GAJAH, 4 Julai (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan 68 notis kesalahan berkaitan pemandu warga asing dalam Op Pemandu Warga Asing (PEWA) sepanjang Operasi Hari Raya Aidiladha (HRA) pada 10 hingga 30 Jun lepas.

Pengarahnya Muhammad Firdaus Shariff berkata sepanjang tempoh itu pihaknya mengesan kesalahan dan pesalah berulang bagi kenderaan yang pernah diambil tindakan sebelum ini terutamanya motosikal dimiliki warga tempatan.

"Ini juga disebabkan kurang kesedaran oleh pemilik warga tempatan yang menyewa atau meminjamkan kenderaan mereka (untuk) diguna pakai oleh warga asing dan kebanyakan kesalahan dilakukan ialah pemandu tidak mempunyai lesen memandu sah, tidak mempunyai cukai jalan selain menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor bagi tujuan perniagaan.

"Justeru JPJ Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang membenarkan warga asing tanpa lesen menggunakan kenderaan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas operasi khas di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Rembia di sini hari ini.

Muhammad Firdaus berkata sepanjang Operasi HRA itu pihaknya turut mengambil tindakan ke atas 1,925 kenderaan dan mengeluarkan 3,708 notis arah periksa membabitkan 11,708 kenderaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan