DUNIA

RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR AS

05/07/2024 10:09 AM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi  pembukaan hari ini berikutan data yang lemah di Amerika Syarikat (AS) menyokong kepada penurunan kadar, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi yang kurang menggalakkan dari AS menunjukkan ekonomi yang lemah dan memperkukuh keperluan kepada Rizab Persekutuan untuk melonggarkan dasar monetari bagi memacu pertumbuhan.

“Peserta pasaran menunggu keputusan senarai gaji bukan ladang pada malam ini, dijangka turun kepada 190,000 pada Jun daripada 272,000 pada bulan sebelumnya.

“Pasaran buruh yang lemah akan menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah yang menjadi penanda aras untuk memacu trajektori pertumbuhan kepada tahap yang lebih mampan,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata paras inflasi yang tinggi terus menjadi kebimbangan yang ketara, memerlukan dasar monetari yang ketat.

“Pada dasarnya, Fed berada di persimpangan antara melonggarkan dasarnya untuk mengekalkan pertumbuhan dan memastikan inflasi ke arah sasaran dua peratus.

“Data akan membimbing sebarang kemungkinan perubahan dalam pendirian dasar monetari,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9217/9242 daripada 2.9195/9209 pada Khamis dan dibuka rendah kepada 6.0069/0114 berbanding pound daripada 6.0022/0048 semalam.

Ia turut susut berbanding euro kepada 5.0896/0934 daripada 5.0837/0859 sebelum ini.

Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN, bagaimanapun naik berbanding rupiah Indonesia.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.5 daripada 288.2/288.5 pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4840/4868 daripada 3.4830/4848 semalam dan berkurangan kepada 12.8572/8713 berbanding baht Thailand daripada 12.8483/8590 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut rendah berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 daripada 8.03/8.04 semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan