Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh British atas kemenangan bersejarah mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom (UK).
Srettha berkata beliau menanti untuk bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya dalam memperkukuh hubungan diplomatik Thailand-UK.
"Sebagai rakan strategik, saya menantikan kerjasama dengan anda untuk mengukuhkan kerjasama rapat Thailand-UK mengenai keutamaan bersama dan meraikan ulang tahun ke-170 hubungan diplomatik Thailand-UK tahun depan.
"Semoga berjaya dalam memulakan bab baharu yang membawa harapan untuk Britain," katanya dalam akaun rasmi X pada Jumaat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial