JENAYAH & MAHKAMAH

Bomba Selamatkan 45 Individu Dalam Kejadian Kepala Air Di Sabah

08/07/2024 10:03 PM

KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) -- Seramai 45 individu termasuk tujuh kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap di seberang sungai dalam kejadian kepala air ketika sedang menjalankan aktiviti memancing di sebuah kolam berhampiran Jalan Tandek Kampung Longob, Kota Marudu, petang tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian terletak 14 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.11 petang.

"Terdapat 45 individu terdiri 23 lelaki dan 15 wanita dewasa bersama tujuh kanak-kanak terperangkap di seberang sungai akibat berlaku kepala air yang menyebabkan jambatan di sungai berkenaan rosak dibawa arus deras.

"Anggota bomba menyelamatkan semua mangsa menggunakan tali dan tangga serta tiada kecederaan dilaporkan," menurut kenyataan itu.

Operasi menyelamat tamat pada 6.47 petang. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan