AM

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

06/07/2024 12:12 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Lebih 60,000 umat Islam dijangka berhimpun pada program Malam Ehsan Untuk Insan sempena sambutan Maal Hijrah 2024/1446 di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Selangor, esok.

Bertemakan Gaza Bangkit, program yang dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai wadah untuk mengenang peristiwa penting dalam kalendar Islam disamping menyatakan solidariti buat masyarakat di Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Sani Araby Al-Kahery berkata pelbagai pengisian rohani akan dilakukan antaranya ceramah dari pendakwah nusantara Abdul Somad Batubara.

"Beliau (Abdul Somad) dijangka akan berkongsi pandangan tentang apa yang berlaku di Gaza serta bagaimana umat Islam dapat mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah untuk memperbaiki diri dan masyarakat ke arah pembelaan rakyat Gaza," katanya kepada Bernama, hari ini. 

Sani Araby berkata program juga akan disemarakkan dengan pelbagai aktiviti antaranya berselawat bersama kumpulan qasidah terkenal, Angham Anisah dan bacaan doa akhir tahun 1445 Hijrah dan doa awal tahun 1446 Hijrah.

Program yang bermula 6 petang itu, diharapkan dapat memupuk rasa kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan