AM

Fadhlina Ucap Tahniah Sk Putrajaya Presint 11 (1) Menang Pertandingan Sekolah Sihat Aia

06/07/2024 01:43 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1) kerana memenangi Pertandingan Sekolah Sihat AIA di Bali, Indonesia, pada Khamis.

Beliau berkata SK Putrajaya Presint 11 (1) menewaskan 2,300 sekolah dari seluruh Asia Pasifik untuk muncul sebagai juara sekali gus menerima hadiah berjumlah US$100,000 (RM472,100).

Fadhlina berkata sekolah itu memenangi anugerah tersebut menerusi rekaan inovatif sebuah aplikasi mudah alih kesihatan iaitu HELPIE yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata selain itu, aplikasi berkenaan menyediakan alat untuk mengenal pasti dan mengurus tekanan serta dilengkapi dengan permainan dan kempen kesihatan yang menarik.

“Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah tetapi juga menjadi inspirasi kepada semua sekolah lain untuk terus berinovasi demi kesejahteraan pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan