JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Ganja Bernilai Lebih Rm25,000

06/07/2024 08:58 PM

SEPANG, 6 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kedua-dua lelaki yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan pengusaha kedai nurseri berusia 23 dan 29 tahun itu ditahan bersama 8,122.5 gram ganja dalam operasi pada 4.35 petang.

Beliau berkata analisa mendapati dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 8,122 pengguna dalam masa sehari dengan mengambil kira penggunaan harian sebanyak satu gram.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek didapati positif dadah jenis THC,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kedua-dua suspek katanya direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan