POLITIK

Murugiah, Asojan Kekal Naib Presiden Mic, Nelson Muka Baharu

07/07/2024 01:37 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Datuk T. Murugiah dan Datuk M. Asojan, masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC manakala  Ahli Dewan Negara Datuk Dr R. Nelson muncul muka baharu jawatan berkenaan pada pemilihan barisan kepimpinan tertinggi parti itu, bagi penggal 2024-2027.

Keputusan berkenaan dimaklumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MIC yang juga Penasihat Undang-undang parti Datuk M. Selva kepada Bernama, hari ini. 

Nelson sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Selain itu, daripada 44 calon yang menawarkan diri bertanding jawatan CWC, 21 daripadanya berjaya dipilih oleh perwakilan bagi menjawat jawatan itu untuk tempoh sama.

Antara CWC yang terpilih adalah Datuk S.Tamilvanan, D.Vincent,  D.Andrew, Datuk P. Kamalanathan,  Datuk S.Marathamuthu, Datuk M.Karuppanan, Dr T.Novalan, G.Raman dan  Datuk Dr. S.Ananthan

Proses pengundian jawatan tertinggi MIC berlangsung di ibu pejabat MIC pusat dan semua negeri bermula 1 petang, semalam dengan proses penamaan dilaksanakan bulan lepas.

Sebelum ini, Tan Sri S. A. Vigneswaran dan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan masing-masing mempertahankan jawatan sebagai Presiden MIC dan Timbalan Presiden MIC selepas menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan sayap MIC, S. Shatesh Kumar dan K. Amarveen Malairaja masing-masing dipilih menerajui Putera MIC sebagai ketua dan timbalan ketua bagi penggal 2024-2027 manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Johor N. Saraswati menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wanita dan Dr P. Thanaletchumy sebagai Timbalan Ketua Wanita.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan