DUNIA

Pasukan Polis Singapura Bekerjasama Dengan Bank Sekat Penipuan

07/07/2024 04:55 PM

SINGAPURA, 7 Julai (Bernama-Xinhua) -- Pasukan Polis Singapura bekerjasama dengan enam bank untuk menggendalakan lebih 2,800 penipuan dari 1 Mei hingga 30 Jun, menurut kenyataan polis yang dilaporkan Xinhua.

Polis dan bank komersial memaklumkan kepada mangsa untuk menghentikan pemindahan wang selepas mengesan penipuan pekerjaan, pelaburan, rakan palsu atau e-dagang dengan teknologi pemprosesan automasi robotik.

Mereka menghantar hampir 14,000 mesej ringkas kepada lebih 9,800 mangsa penipuan dan berjaya mengelakkan kerugian kewangan melebihi S$47 juta (US$35 juta), kata polis.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan