JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Sahkan Terima Laporan Wanita Dakwa Dipukul Artis Lelaki

08/07/2024 07:57 PM

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang wanita warga tempatan yang mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga seorang artis pada 6.53 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata dalam kejadian pada 3.38 pagi hari sama laporan dibuat, mangsa bukan sahaja dimarahi artis berusia 37 tahun itu malah turut ditumbuk di bahagian mata kiri serta dipukul badan.  

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi dan dimarahi suspek akibat perselisihan faham.

"Kedua-duanya bertemu di Ara Damansara dan wanita itu dipukul di dalam kereta milik suspek. Mereka telah menjalin hubungan selama enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata polis akan meminta perintah untuk siasat (OTI) daripada Pejabat Pendakwa Raya bagi memanggil suspek memberi keterangan dan membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan