AM

Penolong Pegawai Perubatan Maut, Nahas Ambulans Dengan Treler

08/07/2024 09:31 PM

IPOH, 8 Julai (Bernama) -- Seorang penolong pegawai perubatan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans swasta dan treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata wanita berusia 30 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan itu tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kira-kira 4.30 pagi satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah ambulans yang dipandu lelaki berusia 41 tahun melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dipandu lelaki berumur 32 tahun di laluan sebelah kiri.

"Semasa kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan balik dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Kuala Lumpur ke Ipoh setelah selesai menghantar pesakit, manakala treler tersebut dalam perjalanan dari Klang, Selangor menghala ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barangan, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Naim berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat, manakala pemandu ambulans hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-2087919 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan