AM

2,345 PENIAGA DAFTAR DI MYMALL, REKOD NILAI JUALAN RM8.8 JUTA - RAMANAN

10/07/2024 06:38 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sebanyak 2,345 peniaga telah berdaftar menerusi platform MyMall setakat Mei lepas melibatkan pemasaran 1,979 produk dengan nilai jualan direkodkan mencecah RM8.8 juta, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.

Beliau berkata platform MyMall itu diperkenalkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada April 2022 bagi tujuan pembangunan ekosistem keusahawanan digital tempatan dengan menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi tempatan.

Ramanan berkata matlamat penubuhan MyMall turut merentasi fungsinya sebagai sebuah platform e-dagang, dengan peniaga berdaftar turut ditawarkan akses alat bantuan perniagaan, latihan keusahawanan dan peluang mendapatkan pembiayaan perniagaan.

"Hasrat KUSKOP untuk jangka masa panjang agar platform ini dapat dimanfaatkan sebagai pusat maklumat kepada usahawan dan bakal usahawan mendapatkan informasi mengenai program dan bantuan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan