AM

KERAJAAN PERSEKUTUAN, SABAH MASING-MASING RAIH HASIL PETROLEUM RM23 BILION SEJAK 1976 - PMO

11/07/2024 09:52 AM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah masing-masing telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion bagi tempoh 1976 sehingga separuh pertama 2024, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO). 

Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu, PMO berkata Petronas juga sentiasa menjelaskan semua bayaran tunai hasil daripada pengeluaran petroleum itu berdasarkan peruntukan, perjanjian sedia ada serta mengikut arahan Kerajaan Persekutuan. 

"Selain itu, Sabah juga menerima hasil cukai jualan daripada Petronas berjumlah lebih kurang RM3 bilion, selari dengan perlaksanaan cukai itu dari tahun 2020,” katanya.

Jawapan PMO itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai jumlah hasil jualan petroleum yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dan Petronas daripada hasil minyak bumi atau lautan Sabah setiap tahun bermula 1976 sehingga sekarang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan