AM

PREMIER SARAWAK TERIMA ANUGERAH KEBESARAN BRUNEI

15/07/2024 03:30 PM

KUCHING, 15 Julai (Bernama) – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini dianugerahkan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Darjah Pertama (PSNB) oleh Sultan BruneI Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut satu hantaran di Sarawakku, laman Facebook rasmi Premier Sarawak, Abang Johari menerima anugerah yang membawa gelaran ‘Dato Seri Setia’ itu, sempena Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang diadakan Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.

Anugerah itu dikurniakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri negeri turut hadir dalam majlis itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan