AM

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 16

16/07/2024 11:34 AM

PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abd Aziz berkata polis menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.

Beliau berkata semasa kejadian bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penolong akauntan telah keluar menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah berdekatan, manakala ibu kanak-kanak itu, seorang guru tadika, telah keluar bekerja.

“Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenazah kanak-kanak itu kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan