DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

16/07/2024 08:47 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan  pergerakan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,429.8 setiap auns troy daripada US$2,414.0 setiap auns troy semalam.

Sementara itu kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 melonjak kepada US$2,445.80 setiap auns troy daripada US$2,430.0 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 29 lot daripada lima lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat  kepada 36 kontrak daripada 12 kontrak.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 15 Julai, harga emas fizikal berada pada US$2,421.25 setiap auns troy. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan