EKONOMI

CARSOME PEROLEH KEMUDAHAN PEMBIAYAAN RM100 JUTA DARIPADA AMBANK

16/07/2024 09:05 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Carsome Group memperoleh kemudahan pembiayaan sebanyak RM100 juta daripada  AmBank Group bagi mengembangkan kecairannya dan meningkatkan kapasitinya untuk pertumbuhan masa depan.

Kemudahan pembiayaan itu akan memperkasakan Carsome serta meningkatkan kapasitinya untuk berkembang dan berinovasi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Eric Cheng berkata kemudahan pembiayaan yang penting itu menyokong model perniagaan Carsome, mengukuhkan keupayaan kewangan kumpulan dan menekankan komitmennya dalam menawarkan penyelesaian yang boleh diakses dan meningkatkan pengalaman pemilikan kereta.

"Melalui Carsome Capital, kami akan memanfaatkan kerjasama ini untuk mengembangkan lagi tawaran perkhidmatan kami, meluaskan impak dan terus berinovasi dalam ekosistem automotif di seluruh Asia Tenggara," katanya.

Syarikat itu berkata dengan sokongan AmBank, ia mampu mempercepatkan lagi proses urus niaga kereta terpakai Carsome, menawarkan pengalaman yang komprehensif dan tanpa kerumitan kepada pelanggannya.

Ditubuhkan pada 2015, Carsome berkembang pesat menjadi platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, menawarkan perkhidmatan komprehensif seperti pemeriksaan kereta, jualan, pembiayaan dan sokongan selepas jualan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan