JENAYAH & MAHKAMAH

PASPORT TERBANG: TIGA ANGGOTA PENGUAT KUASA DIREMAN ENAM HARI

18/07/2024 03:00 PM

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau 'pasport terbang' di negeri ini.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di sini hari ini.

Terdahulu permohonan reman terhadap ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada tertuduh masing-masing diwakili peguam Luqman Syazwan Zabidi dan Elhanan James manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman terhadap anggota penguat kuasa terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM dilaporkan menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan, berusia antara 40-an hingga 50-an kira-kira 2 petang semalam, ketika mereka hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini.

Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas dan dikatakan telah memberikan rasuah sebanyak RM300,000 kepada anggota penguat kuasa terbabit.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan