AM

HARD ROCK CAFE IPOH SASAR 70,000 PENGUNJUNG TAHUN INI

18/07/2024 04:29 PM

IPOH, 18 Julai (Bernama) -- Hard Rock Cafe Ipoh yang mula beroperasi sejak 27 Mac lepas di PALO 101 di sini menyasarkan menarik kira-kira 70,000 pengunjung ke kafe tersebut tahun ini.

Penolong Pengurus Besar Hard Rock Cafe Ipoh Mohd Najip Ab Llah berkata kafe itu ketika ini menerima kira-kira 5,000 pengunjung setiap bulan.

Beliau berkata pihaknya yakin dapat mencapai sasaran berkenaan menerusi kalendar pelancongan ditetapkan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Menurut Mohd Najip, Hard Rock Cafe Ipoh yang mampu menempatkan 120 pelanggan pada satu-satu masa kini dalam proses memperkenalkan menu baharu meliputi bahan serta cara makanan itu dipersembahkan selain memperkenalkan set makan tengah hari.

"Dalam set makan tengah hari ini ada beberapa bahan tempatan termasuk nasi dan mi kari yang dijangka diperkenalkan pada awal Ogos ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Selain itu katanya Hard Rock Cafe Ipoh mempunyai kelainan dari segi seni bina berbanding Hard Rock Cafe lain di Malaysia yang dapat menjadi lokasi untuk bergambar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan