AM

JAMBATAN P.PINANG DAN KEDUA DITUTUP 28 JULAI

18/07/2024 07:00 PM

GEORGE TOWN, 18 Julai (Bernama) -- Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai ini bagi memberi laluan kepada acara ‘Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024’.

Pengerusi Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen berkata Jambatan Pulau Pinang bagi laluan dari bahagian pulau ke Perai akan ditutup bermula 6.30 pagi hingga 9 pagi, manakala Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari arah Batu Kawan ke Batu Maung pula ditutup dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Acara kayuhan basikal itu akan bermula dan tamat di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini dan beberapa jalan terlibat juga akan ditutup secara berperingkat bagi menjayakan kayuhan tersebut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selain Jambatan Pulau Pinang, acara kayuhan itu juga akan melalui Jalan Perindustrian Juru, Batu Kawan sebelum berpatah balik ke Tapak Pesta melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Lebuhraya Tun Dr. Lum Chong Eu (Bayan Lepas).

Berikutan itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertugas di lokasi acara tersebut.

Gooi berkata sebanyak 2,343 peserta telah mendaftar bagi menyertai acara kayuhan tersebut

Kayuhan sejauh 66 kilometer itu juga akan disertai Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang melakukan kayuhan sama tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan