JENAYAH & MAHKAMAH

GURU PUSAT JAGAAN DITAHAN DISYAKI TERLIBAT KES PENGABAIAN KANAK-KANAK

18/07/2024 10:13 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Seorang guru di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya di sini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengabaian seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun hingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sekitar Ampang, Selangor pada 1.13 tengah hari, semalam susulan laporan yang dibuat bapa mangsa.

“Hasil siasatan awal, suspek didapati telah menendang, memukul dan menarik mangsa secara kasar hingga terjatuh daripada kerusi. Terdapat juga kesan gigitan di tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan