EKONOMI

BANK DIGITAL MALAYSIA TIDAK TERJEJAS OLEH GANGGUAN IT MICROSOFT

19/07/2024 09:30 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Tiga daripada bank digital Malaysia mengesahkan bahawa operasi mereka tidak terjejas meskipun berlaku gangguan teknologi maklumat (IT) di seluruh dunia awal hari ini.

Awal hari ini, dunia dikejutkan dengan berita gangguan Windows yang telah menjejaskan kebanyakan operasi bank, syarikat penerbangan, dan organisasi lain di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata bank digital tersebut beroperasi menggunakan Google Workspace.

"Kami menggunakan Amazon Web Services, bukan infrastruktur awan Microsoft.

“Pada masa ini, kami tidak melihat sebarang masalah dalam perkhidmatan kami,” katanya kepada Bernama pada 5.45 petang.

Pada 7.06 malam. GX Bank juga mengesahkan bahawa operasi bank digital itu tidak terjejas akibat daripada gangguan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Sheyantha Abeykoon berkata bank digital tersebut mempunyai sistem yang padu bagi memastikan daya tahan dan kesinambungan perkhidmatan e-dompet dan perbankan digitalnya. 

"Pasukan teknikal kami sentiasa memantau sistem kami untuk mengekalkan perkhidmatan tanpa gangguan dan prestasi optimum," katanya.

Dilaporkan bahawa pengguna Microsoft di seluruh dunia termasuk bank, melaporkan gangguan pada Jumaat, hanya beberapa jam selepas syarikat teknologi itu mengumumkan ia menyelesaikan secara berperingkat isu yang menjejaskan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan Microsoft 365.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan