AM

MALAYSIA AVIATION GROUP SAHKAN JADUAL PENERBANGAN MALAYSIA AIRLINES, FIREFLY HARI INI TIDAK TERJEJAS

19/07/2024 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas dan tiada penerbangan dibatalkan disebabkan gangguan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatannya.

Bagaimanapun, katanya isu ini telah menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuk dalam talian Firefly.

“Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu ini dan memulihkan sistem secepat mungkin,” menurut MAG dalam kenyataan hari ini. 

Terdapat laporan berita dari seluruh dunia mengenai gangguan perjalanan. Ia merujuk kepada isu berkaitan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan perkhidmatan beban kerja penembusan dan keselamatan peranti serta menganalisis ancaman dan serangan siber.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan