AM

TIADA PENERBANGAN AIRASIA DIBATALKAN WALAUPUN SISTEM TERJEJAS

19/07/2024 08:42 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia meneruskan operasinya walaupun sistem berkaitan terjejas akibat masalah gangguan teknologi maklumat (IT) global.

Sehubungan itu, dalam kenyataanya, syarikat berkenaan menasihatkan semua pelanggannya yang terbabit untuk bersedia mengalami isu kelewatan penerbangan berikutan keperluan menggunakan kaedah proses secara manual.

“Tiada sebarang pesawat dibatalkan setakat 7.30 malam ini (Jumaat),” katanya.

AirAsia berkata syarikat itu juga sedang bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha menguruskan keadaan selain memastikan keselamatan dan keselamatan pelanggannya terjamin.

Semua pelanggan juga dinasihatkan untuk memantau status penerbangan mereka dengan menyemak emel dan telefon bimbit masing-masing bagi sebarang kemas kini atau melayari laman sesawang http://airasia.com/flightstatus.

“Oleh kerana ciri daftar masuk kendiri tidak dapat diakses pada masa ini, pelanggan yang melakukan perjalanan hari ini amat digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang bagi tujuan daftar masuk manual dan menyelesaikan semua ketetapan perjalanan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan