EKONOMI

OPERASI PERNIAGAAN, PERKHIDMATAN TM TIDAK TERJEJAS SUSULAN GANGGUAN IT GLOBAL

19/07/2024 11:35 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) memberi jaminan kepada para pelanggan dan pihak berkepentingannya bahawa operasi perniagaan dan perkhidmatan kumpulan itu tidak terjejas susulan insiden gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global yang menjejaskan banyak organisasi di serata dunia pada Jumaat.

Dalam kenyataannya, TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.

“Kami akan terus memantau keadaan dan berkongsi sebarang kemas kini berkaitan sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan