AM

KERAJAAN LULUS PERUNTUKAN TIGA PROJEK ATASI MASALAH BANJIR DI PEKAN NILAI - EXCO

20/07/2024 06:47 PM

NILAI, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan peruntukan tiga projek bagi mengatasi masalah banjir di Pekan Nilai, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J. Arul Kumar.

Beliau berkata ia melibatkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Batang Labu, naik taraf kolam tadahan air hujan Taman Desa Jasmin dan naik taraf sistem perparitan Pekan Nilai.

Arul berkata pelaksanaan projek RTB di Sungai Batang Labu kini telah di peringkat kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pekan Nilai katanya paling kerap dilanda banjir kerana kawasannya yang rendah selain berlaku  pertembungan Sungai Batang Nilai, Sungai Sekah dan Sungai Batang Labu.

“Selepas projek ini, pengaliran air dari Sungai Sekah dan Sungai Batang Nilai akan lebih lancar dan risiko banjir di Pekan Nilai dapat dikurangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kos menaik taraf kolam tadahan air hujan Taman Desa Jasmin, Nilai berjumlah RM3 juta dan kerja naik taraf sistem perparitan Pekan Nilai berjumlah RM700,000.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan