DUNIA

MALNUTRISI MASIH JADI MASALAH UTAMA DI PASIFIK - UNICEF

22/07/2024 06:28 PM

SUVA, 22 Julai (Bernama-Xinhua) – Perwakilan Pasifik Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Jonathan Veitch berkata meskipun kadar kematian kanak-kanak di bawah lima tahun di Pasifik secara amnya stabil, terdapat trend yang membimbangkan ekoran kekurangan zat makanan kekal menjadi isu penting dalam kalangan negara-negara berkenaan.

Veitch membuat kenyataan itu ketika membincangkan isu kritikal malnutrisi dan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak di Fiji dan wilayah Pasifik, lapor Perbadanan Penyiaran Fiji pada Isnin.

Kanak-kanak terdedah kepada risiko kematian awal jika tidak mendapat pemakanan yang lengkap pada usia awal kehidupan dan situasi ini boleh dielakkan sepenuhnya, katanya.

Veitch berkata UNICEF sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Fiji untuk menangani cabaran-cabaran ini.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell menegaskan bahawa mendidik ibu bapa mengenai pemakanan yang betul dan memastikan kanak-kanak menerima nutrien yang diperlukan merupakan langkah penting bagi menangani masalah ini.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan