AM

TERIMA RASUAH : DUA PENJAWAT AWAM DIREMAN ENAM HARI

23/07/2024 02:27 PM

Perintah reman sehingga Ahad depan itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri terhadap pegawai dan pembantu am sebuah agensi kerajaan negeri di Tanah Merah yang masing-masing berusia 33 dan 49 tahun.

Permohonan reman itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM Kelantan menahan dua penjawat awam pada 4.30 petang selepas mengambil keterangan mereka di ibu pejabat SPRM negeri kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan