DUNIA

PASARAN GETAH DITUTUP TINGGI SEIRING PENINGKATAN NIAGA HADAPAN GETAH SERANTAU

24/07/2024 08:00 PM

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah dalam keadaan penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut seorang peniaga, sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh gangguan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di negara pengeluar utama dan juga jangkaan penurunan kadar faedah lebih awal oleh AS.

“Harga minyak meningkat pada Rabu, pulih sedikit daripada penurunan baru-baru ini apabila jangkaan kekangan pasaran dalam tempoh terdekat menunjukkan pengeluaran dalam inventori AS,” katanya.

Namun begitu, beliau berkata, ketidakpastian terhadap pemulihan ekonomi China mengehadkan kenaikan selanjutnya walaupun usaha negara itu untuk merangsang ekonomi di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan.

“Perancang utama ekonomi China berkata ia akan menyokong syarikat berkualiti tinggi dalam mendapatkan hutang asing jangka sederhana dan panjang untuk menyokong pembangunan ekonomi sebenar,” katanya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (SMR 20) meningkat sembilan sen kepada 774.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 3.5 sen kepada 620.00 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 772.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 622.5 sen sekilogram.

 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan