DUNIA

KEMENTERIAN LUAR SAHKAN TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT DALAM NAHAS UDARA DI KATHMANDU

24/07/2024 09:18 PM

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas dalam kemalangan udara membabitkan pesawat Saurya Air Bombardier CRJ-200 dengan nombor pendaftaran 9N-AME pada Rabu (24 Julai) di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, menurut Kementerian Luar Malaysia.

Menurut kenyataan itu, keadaan adalah berdasarkan laporan terkini.

Melalui Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, Kementerian Luar sedang memantau dengan teliti kesan susulan selepas kemalangan udara itu.

“Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu serta kepada rakyat dan Kerajaan Nepal,” menurut kenyataan berkenaan.

Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar berkata ia akan terus memantau situasi dan memberikan kemas kini jika perlu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bakhundole-3, Lalitpur, Kathmandu, Nepal (P.O Box 24372) atau hubungi +97715445680 / +97715445681 (umum) atau +977-9801008000 (kecemasan sahaja), atau e-mel ke mwkathmandu@kln.gov.my

Xinhua sebelum ini melaporkan 22 mayat telah ditemukan selepas sebuah pesawat domestik terhempas pada Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di ibu negara Nepal, Kathmandu.

Media antarabangsa melaporkan bahawa pesawat berkenaan "terhempas semasa berlepas" di lapangan terbang itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan