DUNIA

Judoka Iraq Atlet Pertama Gagal Ujian Doping Di Sukan Olimpik Paris

27/07/2024 07:14 AM

PARIS, 27 Julai (Bernama-dpa) -- Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris, Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) mengumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

ITA menjelaskan bahawa Sehen diuji positif menggunakan steroid terlarang, metandienone dan boldenone dalam ujian di luar pertandingan pada Selasa.

Akibatnya, atlet berusia 28 tahun itu dilarang daripada bertanding, melatih, mengendalikan latihan, atau mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti semasa Sukan Olimpik Paris 2024.

Sehen sepatutnya bersaing dalam acara 81 kilogram pada Selasa.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan