AM

Syarikat penerbangan digesa buka laluan baharu antara Sarawak dan Nusantara

27/07/2024 12:50 PM

KUCHING, 27 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan digesa membuka laluan penerbangan baharu antara bandar-bandar utama di Sarawak dengan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak Raden Sigit Witjaksono berkata laluan penerbangan baharu itu dilihat mampu membuka peluang besar dari segi ekonomi antara Sarawak dan Indonesia.

Beliau berkata pada masa ini, laluan dari Sarawak ke Nusantara hanya menerusi jalan darat yang mengambil masa agak lama.

“Sebelum ini, ada penerbangan terus Kuching-Pontianak tetapi sekarang dihentikan sementara, kita harapkan boleh ada penerbangan terus Kuching ke Balikpapan (lapangan terbang terdekat dengan Nusantara).

“Kita terima banyak permintaan malah ada yang dari bandar Miri meminta penerbangan ke Balikpapan. Ini mampu meningkatkan akses dan kesalinghubungan antara Sarawak dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Kemerdekaan Indonesia di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan