SUKAN

Paris 2024: Tan Jie-Ee Wei tewaskan Terry-Jessica untuk mata pertama

27/07/2024 05:11 PM

PARIS, 27 Julai (Bernama) -- Pasangan beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei memulakan saingan acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menewaskan pasangan Singapura Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han hari ini.

Berada di ranking kesembilan dunia, kedua-duanya berjaya mengatasi permulaan perlahan dengan mencatatkan kemenangan 23-21, 21-12 untuk mata pertama dalam perlawanan Kumpulan D di Arena Porte de La Chapelle.

Tan Jie-Ee Wei seterusnya akan menentang Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat esok sebelum menamatkan pusingan robin menentang penyandang juara Asia Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping dari China pada Isnin.

Terdahulu, pasangan nombor dua dunia Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping menewaskan beregu dari Amerika Syarikat itu 21-11, 21-14.

Hanya dua pasangan teratas dalam peringkat kumpulan mara ke suku akhir.

--  BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan