DUNIA

Rusia, Malaysia Hasrat Tingkatkan Jumlah Dagangan Dua Hala

28/07/2024 05:17 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama-Sputnik) -- Rusia dan Malaysia berhasrat untuk meningkatkan jumlah dagangan dua hala dan membangunkan kerjasama pelaburan, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad.

"Kami telah bercakap tentang keperluan untuk memberi tumpuan sekarang bagi meningkatkan dagangan dua hala, yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini agak lemah... kami terus mengukuhkan rangka kerja undang-undang.

"Pada Mei, kami telah menandatangani perjanjian yang dikemas kini untuk mengelakkan cukai berganda. Ia akan berkuat kuasa tidak lama lagi dan sudah tentu, ia akan membantu perkembangan kerjasama pelaburan kami," kata Lavrov dalam sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, lapor Sputnik.

Lavrov berkata beberapa draf perjanjian antara kerajaan berada pada tahap kesediaan yang berbeza-beza, dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mempercepatkan usaha ke atasnya.

Menurut beliau, perbincangan dengan kepimpinan Malaysia adalah bermakna dan konstruktif, di mana kedua-dua pihak mengkaji keseluruhan rangkaian kerjasama dua hala.

-- BERNAMA-Sputnik

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan