DUNIA

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

29/07/2024 09:55 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sejajar dengan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat kepada US$2,388.60 setiap auns troy daripada US$2,372.40 setiap auns troy pada Jumaat.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 melonjak kepada US$2,402.00 setiap auns troy daripada US$2,385.80 setiap auns troy sebelumnya.

 Jumlah dagangan merosot kepada 11 lot daripada 29 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 36 kontrak daripada 53 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,386.10 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 26 Julai, 2024.

-- BERNAMA  

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan