AM

Program Belia SRM IPT Perlu Bersifat Inklusif

30/07/2024 11:19 AM

PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) disaran mengadakan program-program belia yang inklusif dan tidak terhad kepada warga kampus sahaja, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata program diadakan tidak semestinya berbentuk fizikal tetapi boleh menggunakan platform digital bagi memastikan capaian kumpulan sasar yang lebih meluas.

"Bukan semua belia ada dalam IPT, jadi bila SRM IPT buat program di sesuatu tempat, mungkin mereka boleh beri cadangan untuk masukkan belia yang tinggal di kawasan sekitar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana SRM IPT di sini hari ini.

Mengenai dana SRM IPT, Hannah berkata KBS memperuntukkan RM1 juta bagi pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

Beliau berkata bagi fasa pertama, KBS telah meluluskan 16 permohonan berjumlah RM280,000 manakala bagi fasa kedua, pihaknya sedang menilai 59 permohonan berjumlah RM1.18 juta daripada 23 SRM IPT.

SRM IPT ialah sekretariat khusus ditubuhkan di IPT awam dan swasta bertujuan melaksanakan program dan aktiviti yang dapat menyerlahkan potensi dan membentuk sahsiah serta jati diri baik dalam kalangan pelajar IPT.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan