DUNIA

Perenang Olimpik Brazil Dihantar Pulang Selepas Lawat Menara Eiffel

30/07/2024 05:07 PM

PARIS, 30 Julai (Bernama-dpa) -- Seorang perenang Brazil dihantar pulang dari Sukan Olimpik Paris selepas melawat Menara Eiffel tanpa kebenaran dengan menyusup keluar dari perkampungan atlet, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jawatankuasa Olimpik Brazil (COB) berkata Ana Vieira meninggalkan perkampungan itu bersama rakan perenang Gabriel Santos tanpa kebenaran pada Jumaat.

Perjalanan itu dilaporkan diketahui oleh pegawai kerana mereka memuat naik gambar di media sosial.

Santos menerima amaran manakala Vieira disingkirkan daripada pasukan kerana bertindak "secara tidak menghormati dan agresif" apabila ditegur mengenai kesalahannya.

"Kami tidak berada di sini untuk berseronok atau bercuti. Kami berada di sini untuk bekerja untuk Brazil, bagi lebih 200 juta pembayar cukai yang bekerja untuk kami," kata ketua renang Gustavo Otsuka seperti yang dipetik media Brazil.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan