DUNIA

Presiden Iran Pezeshkian Angkat Sumpah Jawatan Di Parlimen

30/07/2024 11:32 PM

TEHRAN, 30 Julai (Bernama-IRNA) -- Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun. 

Agensi Berita Iran (IRNA) melaporkan bahawa Pezeshkian mengangkat sumpah pada petang Selasa waktu tempatan dalam satu upacara yang dihadiri oleh delegasi dari kira-kira 88 negara dan pegawai kanan Kerajaan Iran.

Sebagai sebahagian daripada sumpah itu, Presiden bersumpah untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai Presiden Republik Islam.

Pezeshkian juga bersumpah untuk memelihara Islam, sistem Republik Islam dan Perlembagaan sebagai Presiden Iran.

Beliau kemudian menyampaikan ucapan kepada para hadirin di Parlimen.

Upacara  mengangkat sumpah bermula pada pukul 4 petang waktu tempatan, di Dewan Utama Parlimen Iran di pusat bandar Tehran.

Ia diadakan dua hari selepas Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengesahkan keputusan pilihan raya presiden baru-baru ini di Iran, membolehkan Pezeshkian memulakan tugasnya sebagai presiden kesembilan dalam sejarah Iran.

-- BERNAMA-IRNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan