AM

PM Anwar Ucap Selamat Hari Pahlawan Kepada Wira Negara

31/07/2024 03:51 PM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini Anwar menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan pasukan keselamatan itu kepada negara.

“Hari ini kita mengingati dan menghargai semua pahlawan-pahlawan negara di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan tatkala melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air.

“Terima kasih kerana berjuang demi agama, bangsa dan negara tercinta. Andalah wira negara! Selamat Hari Pahlawan 2024,” katanya.

Sambutan Hari Pahlawan diraikan bermula 31 Julai 1960 yang merupakan manifestasi penghormatan kepada pegawai dan anggota ATM dan PDRM dalam mengenang jasa perwira tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan