DUNIA

Olimpik Paris: Deng Yawen Dari China Menang Emas BMX Gaya Bebas

01/08/2024 01:43 AM

PARIS, 31 Julai (Bernama-Xinhua) -- Deng Yawen dari China memenangi pingat emas Olimpik dalam acara BMX  gaya bebas wanita pada Rabu, selepas mencatatkan markah 92.60 mata.

Pelumba muda China berusia 18 tahun itu mencatatkan dua markah tertinggi dalam pertandingan itu, mengatasi Perris Benegas dari Amerika Syarikat, yang mencatatkan 90.70 mata dalam cubaan kedua yang mengagumkan, manakala Natalia Diehm dari Australia meraih pingat gangsa dengan 88.80 mata, lapor agensi berita Xinhua.

Hannah Roberts, yang merupakan satu-satunya penunggang yang mencatatkan markah lebih tinggi daripada Deng dalam sesi kelayakan pada Selasa, melihat harapannya untuk meraih emas musnah akibat terjatuh dua kali.

Perkara yang sama berlaku kepada Sun Jiaqi dari China, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh selepas dua cubaannya gagal setelah terjatuh ketika beliau berusaha keras merebut emas.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan