JENAYAH & MAHKAMAH

PDRM Umum Pertukaran 12 Pegawai Kanan

03/08/2024 09:07 PM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 12 pegawai kanan berkuat kuasa 2 Sept ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah (PDRM) Seksyen Penyelarasan dan Risikan Pusat Pengurusan Operasi Negara Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri ACP Pahruradzi Abd Rahman yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana) Bahagian Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Beliau berkata pertukaran lain melibatkan Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Empat JKDNKA Kota Kinabalu Sabah ACP Ahmad Ariffin yang akan menjawat Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat SAC.

“Turut bertukar Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit/Rekod Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ACP Azlan Abu yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

“Selain itu, Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan Undang-Undang JSJ Bukit Aman ACP Mohd Fazley Ab Rahman dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

Kamaruzaman berkata Pegawai Turus Teknikal 69 Komando Pasukan Gerakan Khas JKDNKA Ulu Kinta Perak Supt Andrew Gani Anak Jimmy dilantik sebagai Timbalan Komander Zon Timur Briged Sabah Pasukan Gerakan Am JKDNKA Kinarut Sabah dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran lain ialah Pegawai Memerintah Batalion 16 Bridged Sabah Pasukan Gerakan AM JKDNKA Kinarut Sabah Supt Rajab Ahad Ismail yang dilantik sebagai Pegawai Memerintah Batalion 19 (Kawalan Keselamatan) Bridged Tengah Pasukan Gerakan AM JKDNKA Cheras Selangor dengan memangku pangkat ACP.

Pegawai Turus E4 Cawangan Khas Kontinjen Pulau Pinang Supt Jalaludin Ahamad Zanudin dilantik sebagai Timbalan Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Kontinjen Kelantan dengan memangku pangkat ACP, manakala Supt E2C1 Cawangan Khas Bukit Aman Supt Hisham Mohd Den menjawat Pengawai Turus E3A3 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

Selain itu, Pegawai Turus Pematuhan (Zon B) Cawangan Pematuhan Bahagian Pemantuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Supt Amir Hussin dilantik sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard kontinjen Perak dengan memangku pangkat ACP.

Kamaruzaman berkata Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerakan JKDNKA Bukit Aman ACP Shaiful Azmi Hussein Omar mengekalkan jawatan itu dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran itu turut melibatkan Penolong Pengarah Teknikal/Kepolisan Am Pasukan Gerakan Am JKDNKA Bukit Aman Supt Rizal Mohamed yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Pengoperasian Pasukan Gerakan Am JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP, manakala Supt E6A3 Cawangan Khas Bukit Aman Supt Datin Nur Haniza Jaafar akan menjawat jawatan Pegawai Turus E6A2 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan