DUNIA

Mesir Gesa As Tekan Israel Terlibat Secara Serius Rundingan Gencatan Senjata Di Gaza

06/08/2024 11:05 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Mesir Dr Badr Abdel Aati menggesa Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pertikaian dan terlibat secara serius dalam rundingan gencatan senjata di Gaza.

Kementerian Luar Negeri Mesir, dalam satu kenyataan berkata Abdel Aati dalam perbualan telefon dengan Blinken pada Isnin telah memberitahu rakan sejawatannya dari AS mengenai peningkatan ketegangan yang sedang berlaku di rantau itu dan cara untuk membendungnya.

Beliau berkata perkembangan sedemikian berisiko menggugat kestabilan situasi keselamatan dan berpotensi meluaskan konflik ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semasa perbualan itu kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai status rundingan gencatan senjata dan bersetuju bahawa usaha dan penyelarasan perlu dikekalkan untuk menggalakkan pihak-pihak yang terlibat mencapai perjanjian gencatan senjata secepat mungkin.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan