DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

09/08/2024 08:21 PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak Ogos 2024 meningkat kepada US$2,427.40 setiap auns troy daripada US$2,414.30 setiap auns troy ketika ditutup semalam.

Sementara itu, kontrak September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,431.10 setiap auns troy berbanding US$2,418.00 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 26 lot daripada 24 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 56 kontrak daripada 75 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,411.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 8 Ogos.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan