AM

Program Jom! Karnival Kucing MADANI Jadi Platform Menyatupadukan Rakyat - Wan Azizah

11/08/2024 03:57 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Jom! Karnival Kucing MADANI yang dihadiri pelbagai kaum dan agama tanpa mengira usia membuktikan karnival seperti ini mampu menjadi platform menyatupadukan rakyat di negara ini, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri Perdana Menteri itu berkata program yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh hidup bersama bagaikan satu keluarga besar yang menjunjung perpaduan.

“Tahniah kepada penganjur atas kejayaan menganjurkan aktiviti yang bermanfaat dan menarik termasuk vaksinasi, makanan kucing dan sebagainya. Kalau dahulu sukan menyatupadukan rakyat, hari ini kita tukar sedikit kucing menyatupadukan rakyat,” katanya dalam ucapan di majlis Penutup Jom! Karnival Kucing MADANI di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Social and Economic Research initiative (SERI) Nurul Izzah Anwar.

Pada program itu Nurul Izzah turut menerima bendera Malaysia sebagai simbolik ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di sini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan