DUNIA

Kamala Harris Janji Lancar Manifesto Minggu Depan

11/08/2024 04:46 PM

WASHINGTON, 11 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Parti Demokrat Kamala Harris berjanji untuk melancarkan manifesto beliau minggu depan yang akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang, lapor Sputnik.

"Minggu depan. Dan ia akan memberi tumpuan kepada ekonomi, apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan kos dan mengukuhkan ekonomi secara keseluruhan," kata Harris kepada pemberita apabila ditanya mengenai pelancaran manifestonya.

Parti Republikan menyalahkan pentadbiran Demokrat kerana kenaikan inflasi dan harga barang dengan menyatakan dasar ekonomi mereka gagal. 

Menurut ahli sosiologi, isu pengurangan perbelanjaan kekal menjadi keutamaan bagi pengundi.

Penyandang presiden AS Joe Biden sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding semula bagi penggal kedua dan menyokong naib presidennya, Harris sebagai penggantinya.

Pilihan raya presiden AS akan berlangsung pada 5 November. 

Bekas presiden Donald Trump secara rasmi telah dicalonkan oleh Parti Republikan sebagai calon Presiden.

Trump akan bergandingan dengan Senator Ohio J.D. Vance manakala Harris bergandingan dengan Gabenor Minnesota, Tim Walz.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan