POLITIK

PRK Nenggiri: PN Tawar ‘KHIDMAT’ Untuk Pengundi

12/08/2024 12:17 AM

GUA MUSANG, 11 Ogos (Bernama) -- Perikatan Nasional (PN) malam ini melancarkan ‘KHIDMAT’, menggariskan tujuh teras utama dengan 46 tawaran sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan  Negeri (DUN) Nenggiri.

Teras utama berkenaan ialah khidmat masyarakat; hak rakyat, integriti dan amanah; daya ekonomi dan infrastruktur; masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera; anak muda berpendidikan dan berkemahiran; serta transformasi digital luar bandar.

Ia dilancarkan pada majlis ‘Tawaran PN PRK N.43 Nenggiri’ yang dihadiri calon PAS mewakili PN Mohd Rizwadi Ismail, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Pengarah Operasi PRK Nenggiri bagi PN Tan Sri Annuar Musa dan Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, di sini malam ini.

Pada PRK itu Mohd Rizwadi Ismail berhadapan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala pengundian awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos susulan keperluan bertugas sepanjang tempoh kempen.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan