AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Alor Gajah Menurun Pagi Ini

13/08/2024 08:32 AM

MELAKA, 13 Ogos (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 mangsa daripada 61 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 407 mangsa daripada 121 keluarga pada 7.30 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

“PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Balai Raya Ayer Paabas (tiga mangsa daripada tiga keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (13 keluarga daripada tiga keluarga).

“Selain itu, PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (105 mangsa daripada 26 keluarga), PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 mangsa daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 mangsa daripada empat keluarga),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata antara kawasan terjejas termasuklah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.

Selain itu, turut terjejas ⁠Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor dan Taman Rembia Jaya.

Cuaca dilaporkan cerah pagi ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan