AM

PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Rais Tatarstan

14/08/2024 10:33 AM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov, semalam.

Menerusi catatan dalam Facebook hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.

“Kami berbicara panjang seputar usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Rusia dengan dunia Islam, khususnya membabitkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Perbincangan kami turut menyentuh penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan). Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyertai gabungan ini, sepertimana yang telah dinyatakan kepada Rusia sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata pertemuan itu juga digunakan untuk meneroka potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam sektor halal, selain usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan.

Republik Tatarstan ialah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan