SUKAN

Li Jane Lakar Sejarah Terima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PWBA

14/08/2024 03:36 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah apabila menjadi atlet Asia pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan dalam Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) Amerika Syarikat (AS).

Beliau memperoleh anugerah berkenaan selepas atlet berusia 30 tahun itu merangkul gelaran keempatnya musim ini di Kejohanan Jelajah PWBA yang berlangsung di Michigan, AS semalam. 

Aksi final yang berlangsung di Thunderbowl Lanes menyaksikan Li Jane sebagai pilihan kedua kejohanan menewaskan atlet pilihan utama kejohanan dari AS Jordan Richard 215-209 mengikut kenyataan yang dikeluarkan PWBA hari ini.  

Terdahulu pada saingan separuh akhir, Li Jane menewaskan pilihan kelima dari AS Amer Missy Parkin 217-206.

Dengan kemenangan ini, atlet kelahiran Perak itu memperoleh hadiah utama berupa wang tunai berjumlah AS$50,000 (RM221,000). 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan